SISTEM PENYALAAN
Pengenalan
Sistem penyalaan di dalam sesebuah enjin memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa sistem ini sesebuah enjin itu tidak dapat bekerja. Sistem ini akan membakar campuran udara dan bahanapi yang termampat dalam ruang selinder enjin. Didalam sistem penyalaan terdapat beberapa peralatan-peralatan yang bekerja rapat diantara satu sama lain untuk menghasilkan pembakaran yang baik dalam selinder. Sistem ini dilengkapi pada enjin adalah bertujuan untuk: a. Mengadakan lompatan bungaapi untuk membakar campuran udara dan bahanapi yang telah termampat dalam ruang selinder. b. Mengimbangi masa pembakaran supaya tepat mengikut keadaan perjalanan injin.
Jenis -Jenis Sistem Penyalaan
Terdapat beberapa jenis sistem penyalaan yang biasa digunakan pada kenderaan hari ini. Jenis-jenis tersebut adalah saperti berikut. a)Sistem penyalaan bateri b)Sistem penyalaan magneto c)Sistem penyalaan transistor d)Sistem penyalaan nyahcas kapasitor (Capacitor Discharge Ignition System - C.D.I).
a)Sistem penyalaan bateri
Sistem ini merupakan sistem lazim yang mengawal proses penyaalaan melalui sentuhan pemutus mekanikal.Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem Penyalaan Gegelung (coil ignition system). Ia terdiri daripada komponen berikut:
i. Bateri
Membekalkan arus pada sistem elektrik kenderaan, menyimpan dan menerima arus yang dibekalkan daripada sistem pengecas serta menstabilkan Voltan bagi keseluruhan sistem elektrik kenderaan.
ii. Suis penyalaan
Menyambung dan memutus arus pada sistem elektrik kenderaan.
iii. Gegelung Penyalaan
Untuk meningkatkan voltan sehingga 30 000 V atau lebih.
Terdapat 2 jenis gegelung : 1. GegelungPrimer ( 200 lilitan) 2. Gegelung Sekunder (22 000 belitan ).
iv. Pengagih/Distributor
Mengagihkan voltan tinggi ke Palam Pencucuh (Spark Plug)melalui Kabel Voltan Tinggi mengikut aturan pembakaran.
v. Kabel Voltan tinggi
Sebagai penghubung voltan tinggi diantara Gegelung Penyalaan(Ignition Coil) dan unit Pengagih(Distributor) ke Palam Pencucuh(Spark Plug).
vi. Palam Pencucuh
Memercikan bunga api ke dalam Ruang Pembakaran(Combustion Chamber)dan mengedap lubang palam supaya tekanan atau mampatan didalam silinder tidak berubah.
b)Sistem penyalaan magneto
Sistem ini merupakan satu sistem tanpa pengagih. Biasanya ia menggunakan satu set Generator magnet tetap yang disamping itu ia juga berfungsi sebagai Roda Tenaga. Set generator ini pula terdiri dari dua gelung angkir, iaitu Angkir Penyalaan dan Angkir Generator. Ia biasa nya digegaskan pada injin Dua Lejang dan injin empat Lejang pada Motosikal dan juga pada injin -injin yang kecil saperti injin ‘Stationary’.
c)Sistem penyalaan transistor
Sistem ini menyediakan penyalaan yang baik menurut kadar kelajuan injin rendah. Ia menggunakan Transistor sebagai sistem Picuan Pemutus dan percikkanya melebehi kadar 18.000 percikan seminit. Kadar maksima yang bolih dicapai ialah 21,000 percikan seminit. Dalam sistem ini disesuaikan tanpa suis pemutus yang tidak mengalami kehausan mekanikal. Dalam sistem ini komponen -komponen yang terlibat ialah:
a. Bateri b. Suis Penyalaan c. Perintang Ballast d. Gegelung Penyalaan e. Kekotak Pemicu f. Palam Pencucuh g. Dawai Tekanan Tinggi / Kabel voltan Tinggi
d)Sistem penyalaan nyahcas kapasitor (Capacitor Discharge Ignition System - C.D.I).
Dalam aturan kelajuan tinggi , sistem Nyahcas Kapasitor menyediakan satu voltan pendua yang bernilai tinggi dan lebih tenaga penyalaan berdanding dengan penyalaan transistor. Sistem ini digunakan khusus “Thyristor” kawalan tanpa pemutus .Kuasa yang digunakan bolih dikecilkan sapertu dalam penyalaan transistor dan Cas Denyut. Komponen -komponen yang terlibat didalam sistem ini adalah :
a) Bateri b) Suis Penyalaan c) Kotak Pemicu d) Alatubah Penyalaan e) Denerator Denyut jenis aruhan f) Pengagih Penyalaan g) Palam Pencucuh
No comments:
Post a Comment