Saturday, 5 April 2014
SungaiSarangSeblak: DASARPERSYARIKATAN MALAYSIA(1984)Latar BelakangTel...
SungaiSarangSeblak: DASARPERSYARIKATAN MALAYSIA(1984)Latar BelakangTel...: DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA(1984) Latar Belakang Telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 1983 sebagai satu pendek...
Latar Belakang
- Telah diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri pada tahun 1983 sebagai satu pendekatan asas bagi
pembangunan negara
- Pada tahun 1984, Surat Pekeliling
Am Bil 2 Tahun 1984 dikeluarkan oleh KSN mengarahkan semua Kementerian,
Jabatan dan Pejabat Kerajaan menubuhkan Panel Perunding bagi tujuan
memperbaiki perkhidmatan yang diberi kepada sektor swasta.
- Pada Julai 1991, Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9 Tahun 1991 telah dikeluarkan bagi memberi
Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia. Kaedah selain
dari penubuhan Panel Perunding telah dihuraikan.
Rasional Falsafah
YAB Perdana Menteri telah
mendefinisikan secara am konsep Persyarikatan Malaysia sebagai satu sistem
kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah mewujudkan satu syarikat
Malaysia bagi mencapai kemajuan di mana keuntungan yang didapati akan dikongsi
bersama di mana:
- Kerajaan adalah pemegang saham.
- Jika syarikat berjaya dan membuat
keuntungan, kerajaan dan rakyat juga akan mendapat manafaat.
- Sektor awam dikehendaki beroperasi
secara cekap bagi membantu usaha-usaha sektor swasta sebagai enjin
pertumbuhan utama dalam ekonomi negara.
Objektif
Dasar Persyarikatan
mempunyai objektif seperti berikut:
1. Mewujudkan
kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi
pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama.
2. Menghapuskan
sifat ‘permusuhan’ antara kedua-dua sektor dengan menggalakkan perkongsian
maklumat, dan saling faham-memahami akan prosedur dan matlamat kedua belah
pihak.
3. Meningkatkan
hasil negara.
Mekanisma
Peranan sektor awam dan
swasta secara sendirian dan bersama-sama menuju ke arah matlamat negara.
Usaha memudahkan kerjasama
sektor awam-swasta.
1. Panel Perunding
2. Peloggaran peraturan
(Deregulation)
3. Pembaikan Pentadbiran
4. Arahan Terbaru (PKPA
Bil. 9 Tahun 1991).
Tanggungjawab Sektor Awam
Sektor awam haruslah
memainkan peranannya sebagai perancang, fasilitator dan pelaksana
program-program kerajaan:
Sebagai fasilitator, sektor
awam menyediakan suasana yang ‘condusive’ bagi merangsang pertumbuhan ekonomi
yang pesat; sebagaimana dan sejauh yang dibenarkan oleh peraturan dan
undang-undang.
Sebagai perancang, sektor
awam mestilah peka dan responsif kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran
dunia semasa merancang arah tujuan dan strategi pertumbuhan; proaktif;
menyediakan maklumat yang betul; aktiviti galakan pasaran yang lebih baik
melalui perwakilan sebaerang laut.
Sebagai pelaksana, sektor
awam perlu terus menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial yang penting
kepada semua rakyat; bukan sahaja kemudahan dan perkhidmatan itu meluas tetapi
standardnya harus lebih baik.
Tanggungjawab Sektor Swasta
Sebagai penggerak
pertumbuhan ekonomi memerlukannya lebih kuat, dinamik, berdayasaing, cekap dan
tangkas dalam menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negeri.
Barangan mereka haruslah mampu mengekalkan persaingan, dan berbagai barnagan
untuk pasaran yang berbagai. Mereka juga perlu bersatu tenaga bagi menembusi
pasaran baru di negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Pencapaian Setakat Ini
Pencapaian:
- Penubuhan Panel
- Penubuhan Panel Persyarikatan
Malaysia
- Usaha-usaha Memperbaiki
Perkhidmatan Awam
- Panduan (Baru) Pelaksanaan Dasar
Persyarikatan Malaysia (PKPA Bil. 9
Tahun 1991).
Kelemahan:
- Pemahaman dan Penerimaan Konsep
- Kekesanan Panel Perunding terhad
- Persepsi Yang Salah
- Masalah Sektor Swasta Yang Terdiri
Dari Banyak Kumpulan Dan Berbagai Kepentingan
- Kelemahan Komunikasi
- Perkongsian Maklumat dan Aliran
Maklumat Yang Tidak Mencukupi
- Krisis Kepimpinan
- Penyelaras Dan Muafakat Yang Tidak
Efektif
Subscribe to:
Posts (Atom)