Friday, 11 April 2014

SISTEM KLAC

Fungsi klac ialah untuk menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya:
- penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar
- membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancar
- membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada
dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac.
SISTEM PENGHANTARAN KUASA
PENGENALAN

sistem Penghantaran atau sistem pemacu ialah suatu siri rangkaian penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan kenderaan. Terdiri daripada clutch, gear box, proppellar shaft, universal joint, diffrential unit dan drive shaft untuk menggerakkan roda kenderaan(wheel). TRANSMISSION @ sistem penghantaraan ialah satu perpindahan kuasa dari kuasa enjin ke kuasa pusingan roda melalui fly wheel,propeller shaft dan ke difrential unit.


CIRI-CIRI SISTEM PENGHANTARAN KUASA

1. Menyambung dan memutuskan aliran kuasa. 2. Menambahkan dan mengurangkan daya kilas serta kelajuan. 3. Kebolehsuaian dalam memindahkan kuasa dari enjin. 4. Boleh membezakan aliran kuasa antara roda kiri dengan roda kanan semasa membelok.

JENIS RANGKAIAN PEMACU

1. Enjin hadapan Pacuan Belakang Enjin diletakkan di hadapan ruang penumpang dan menggunakan rangkaian klac, kotak gear, aci pendorong , unit Kerbeza dan aci hab(axle). Sistem ini banyak digunakan dalam industri automotif sehingga 1970.

2. Enjin Hadapan Pacuan Hadapan Aci pendorong (Propeler shaft)tidak diperlukan dan kotak gear disatukan dengan unit karbeda. Enjin Lurus Pacuan hadapan. Enjin di cagakkan di hadapan dan didudukkan diatas gandar hadapan. Kotak gear pacuan roda hadapan biasanya dipanggil transaxle, iaitu gabungan kotak gear dan unit kerbeda(transmission dan axles)

3. Enjin Belakang Pemacu Belakang Enjin dicagakkan dibelakang gandar belakang dan kotak gear di hadapan axle belakang. Enjin ini disuaikan untuk kenderaan ringan sahaja.

4. Enjin Tengah Pemacu Belakang Rangkaian ini banyak digunakan dalam kereta lumba. Kedudukan enjin di hadapan gandar belakang sementara kotak gear di belakang gandar belakang.

5. Pacuan Empat Roda (4WD) Dibina dalam dua keadaan pemanduan iaitu dari jenis : a. Full Time 4WD b. Part Time 4WD 


KOMPONEN UTAMA

1. CLUCTH 2. GEAR BOX 3. DRIVE SHAFT 4. PROPPELLER SHAFT. 5. DIFFRENTIAL UNIT. 6. REAR AXLE


1. CLUCTH

Clutch merupakan satu perkakas yang penting dalam persambungan pusingan dari enjin ke bahagian penghantaran yang lain.Dalam kertas penerangan ini menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai jenis-jenis clutch yang digunakan serta pergerakan dalam kenderaan moden kini.

Fungsi Klac

a. Memudahkan pemandu membuat penukaran gear. b. Membolehkan kenderaan mula bergerak dengan licin dan lancar. c. Membenarkan enjin terus hidup semasa kenderaan berhenti tanpa meletakkan gear pada kedudukan neutral. d. menyambung dan memutuskan aliran kuasa daripada enjin kepada sistem penghantaraan kuasa.


Jenis-Jenis Klac

Kebanyakan klac automotif menggunakan penghantaran piawai yang mempunyai binaan dan kendalian yang hampir sama,cuma berbeza dari segi rangkaian dalam pemasangan plat tekanan(pressure plate).Pemasangan klac dibuat dengan dua cara iaitu :

i.Cara mekanikal i.Cara hydraulik

Pada kenderaan terdapat 4 jenis clutch yang biasa digunakan iaitu :

1.Cone plate 2.Single plate dry clutch. a.Coil spring b.Diaphragm 3.Multi plate clutch/ centrifugal clutch (jenis separa) 4.Automotive @ fluid coupling clutch.


Kelas Pegas Tekanan Gegelung/Coil Spring

Klac jenis ini terdiri daripada 3 hingga 9 pegas gegelung.Ia bertujuan untuk memegas beban cakera geseran diantara plet tekanan dan roda tenaga dalam kedudukan gandingan.Dalam kedudukan ini geseran diantara roda tenaga dan cakera tekanan dan diantara plat tekanan dan cakera geseran menyebabkan ianya berputar sekali dengan roda tenaga dan plat tekanan.Hub cakera geesran bergelugur dengan aci klac berputar sekali dengan cakera geseran.Rajah di bawah menunjukkan pepasangan klac pegas tekanan gegelung.Tudung,plat tekanan ,pegas dan bahagian klac lain berputar sekali dengan roda tenaga. Untuk menanggalkan gandingan kalc daripada penghantaran ke enjin,plat tekanan klac perlu bergerak keluar dari cakera geseran.Apabila kejadian ini berlaku,tekanan ke atas cakera geseran terlaga dan ia tidak lagi bergerak sekali dengan roda tenaga dan plat tekanan.Kesan ini dapat diperolehi dengan menekan pedal klac.Rangkaian daripada klac menyebabkan pergerakan diparpu klac atau kuk.Garpu dipangsikan dengan satu hujung luar ditekan maka rangkaian akan bergerak ke dalam arah klac.Dalam rajah di bawah menunjukkan pepasangan alas klac.Apabila alas klac bergerak ke hadapan,ia akan bergerak menentang hujung dalam 3 batang tuil pembebas yang digegaskan rata disekeliling klac.Pergerakan ini menyebabkan tuil pembebas dipangsikan di atas cemat penyangga.Sementara hujung luarnya bergerak dari cakera geseran.Pergerakan ini memaksa plat tekanan keluar dari cakera geseran dan menanggalkan gandingan.

Kelas Pegas Gegendang / Diaphram Spring

Ia merupakan sejenis klac yang terdiri daripada pegas tekanan.Ia bertindak juga sebagai tuil pembebas disamping memegang cakera geseran.Klac jenis ini mempunyai satu keping gegendang yang berbentuk gelang padu digaris pusat luarnya,dan bentuk jari tirus menunjuk ke arah klac.Tindak balas gegendang klac berupa lebih lenturan.Apabila alas klac bergerak ke hujung jejari-jejari gegendang,kesemua gegendang dipaksa menentang gelang paksi.Apabila ini berlaku,gegendang dipaksa ke hadapan.Dengan itu ,plat tekanan terangkat dari cakera geseran. Dalam keadaan terganding pegas gegndang biasanya melawan jejari pegas(apabila pedal klac ditekan) pegas dipaksa ke pangsi,tertuil arah bertentangan.Sekarang bahagian keliling keluar pegas mengangkat plat tekanan,melalui siri pegas timbal balik yang diletakkan disekeliling luar plat tekanan berbibir hab dan penyendal pacuan,menyediakan redaman geseran yang digunakan untuk mencegah ayunan diantara brbibir hab dengan penyendal pacuan.


Dalam sistem clutch selain daripada cable atau hydraulik clutch terdapat beberapa komponen yang utama memainkan peranan utama bagi menjalankan operasi sistem clutch.Komponen tersebut ialah :

i.Pressure Plate ii.Clutch Plate/ Clutch Disc iii.Release Bearing iv.clutch cover v.release lever/fork vi.coil spring/ diaprhagm vii.clucth cabel

Oleh kerana komponen ini sentiasa bergerak dan bergeser diantara satu sama lain semasa clutch beroperasi maka ia akan mengalami kerosakan atau haus.Sebagai mekanik perlu mengetahui bagaimana hendak memeriksa kerosakan pada komponen ini dan mahir merombak rawat komponen ini.

Di bawah ini adalah kedudukan komponen utama (pressure plate,clutch plate dan release bearing).

i.Pressure Plate

Terdapat 2 jenis pressure plate yang digunakan di dalam kenderaan iaitu :

a.Pressure Plate jenis diaphram spring biasa digunakan pada kereta biasa dan kecil.Jika mengalami kerosakan akan ditukar keseluruhannya.

b.Pressure Plate jenis coil spring biasa digunakan pada kenderaan yang lebih beasr seperti kereta pacuan 4 roda atau lori.Jika mengalami kerosakan spring,hanya spring yang perlu ditukar ganti dan perlu dibuat pelarasan semula.

Pressure plate berfungsi menekan clutch plate pada flywheel dalam kedudukan gandingan.Di dalam kedudukan ini geseran diantara flywheel dan pressure plate dan clutch plate menyebabkan ia berputar sekali dengan flywheel dan pressure plate.Hub clutch plate bergelungsur dengan aci clutch. Oleh itu aci clutch berputar sekali dengan clutch plate.Apabila pressure ditekan,clutch plate akan terbebas daripada tekanan dan seterusnya memutuskan pusingan tenaga daripada enjin kepada gear box.

ii.Clutch Plate/ Clutch Disc

Clutch plate mengandungi sebuah hub dan sekeping plate yang mana dipasang secara berlapis (facing).Heavy coil spring (cushion spring) dipasang diantara plate dengan hub.Hub ini bergerak atau dipusingkan oleh plate melalui spring ini.Cushion spring mempunyai kesan pantulan (damping effect) yang baik di dalam pergerakan clutch.Dengan adanya cushion spring ia dapat membantu perjalanan clutch dengan baik atau lancar(smooth in operation).Stop pin akan menghadkan pergerakan diantara hub dan juga plate.Spline pada hub bersambungan dengan spline pada gear box primary shaft ,dengan ini disc assembly akan berpusing bersama-sama dengan primary shaft serta bebas bergerak sepanjang shaft lining.Permukaan clutch diperbuat dengan bahan yang sama sebagaimana brake lining iaitu bahan asasnya iaitu asbestos.Bahan kimia lain juga ditambah untuk mendapatkan pergeseran yang baik,heat resistance dan juga ketahanannya.Untuk mendapatkan pergerakan clutch yang lebih lancar,steel plate(cushion segment) dibuat berlekuk-lekuk di tengah-tengah lining.Lining dirivet pada segmen ini yang mana geseran akan hilang diserap oleh ‘cushion’ apabila clutch ditekan.Juga ini akan menambahkan lagi pergeseran apabila clutch ditekan.

iii.Release Bearing

Seperti yang dilihat pada gambarajah di bawah,release assembly mengandungi release fork dan release bearing.Release bearing dipasang pada sebatang sleeve.Tujuan bearing ini ialah untuk memindahkan ‘thrust’ yang diterima oleh release lever,yang mana dipasang pada clutch pressure plate kepada thrust pad yang terdapat di hujung release lever.Graphite ring bearing ataupun pre-lubricated thrust type ball bearing yang biasa digunakan dalam persambungan clutch,ini kerana keadaan pekerjaannya sangat kotor dan berabuk. 

iv.clutch cover

Diikat pada fly wheel dan berpusing bersama – sama dengan clutch plate,pressure plate dan bahagian lain.

v.release lever/fork

Dipasang pada pressure plate pada jarak yang sama.Untuk menolak release bearing kedalam clutch cover dan pressure plate kebelakang menyebabkan clutch plate bergerak bebas.

vi.coil spring/ diaprhagm

Berfungsi untuk membantu menekan clutch plate kepada roda fly wheel dan membebaskan clutch plate semasa pedal clutch ditekan.

vii.clucth cabel

Sebagai penghantar tekanan dari clutch pedal ke clutch force bagi menyambungkan dan memutuskan drive daripada enjin ke roda. Diperbuat daripda cabel yang boleh lentur ( flexible cabel.

Klac Hydraulik

Klac hydraul digunakan ke atas pengunaan kerja pertengahan dan kerja berat.Ini kerana klac direka untuk memindahkan daya kilas tinggi yang mana pegas lebih berat diperlukan untuk menyediakan tekanan yang secukupnya ke atas cakera geseran.Tekanan pegas yang kuat mencegah cakera geseran dari tegelongsor diantara plat tekanan dan roda tenaga. Untuk mengurangkan tekanan pedal klac,sistem hydraul digunakan dalam sistem klac.Pedal klac tidak bertindak terus ke tuil pembebas oleh rangkaian.Ia terdiri daripada silinder klac induk dan silinder sarung yang dipasangkan tuil pembebas.Apabila pemandu memijak klac pedal ,satu rod tunjal menolak omboh di klac silinder induk dan bendalir disalur ke silinder sarung melalui satu tiub (tindak balas sama dengan brek hydraul). Sebaik sahaja bendalir menolak silinder sarung,ia menggerakkan omboh dan rod tunjal.Pergerakan ini menyebab kan garpu pembebas klac bergerak lalu mengendali tuil pembebas plat.

Klac hydraul menggunakan bendalir klac sebagai kuasa penghantaraan untuk mendapatkan tekanan,ia menggunakan kebuk induk klac(clutch master pump) flexible hoses,kebuk klac(slave cylinder) dan hydraulic pipe line.Bagi klac hydraul ini amat sesuai sekali digunakan pada kenderaan berat dimana tekanan yang kuat dan tinggi diperlukan.Pada dasarnya pergerakan serta komponen yang terdapat pada klac hydraul hampir serupa pada sistem brek yang mempunyai kaedah rawatan yang serupa.

Perkara-perkara yang besar terdapat dalam persambungan clutch ialah seperti berikut :

1.Operating Linkage

Iaitu satu persambungan yang mesti diadakan di antara clutch pedal dengan release bearing untuk mengerjakan clutch.Sambungan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu : a.Mekanikal linkage Dibuat rod yang panjang yang mana boleh dipanjangkan dan dipendekkan (adjustable) juga pivot yang sesuai.

b.Hydraulic connection Mengandungi satu master cylinder ,satu flexible hose dan slave cylinder.Satu rod yang dipasang pada clutch pedal akan menolak minyak dalam master cylinder ke slave cylinder melalui hose atau pipe line dan seterusnya menggerakkan clutch fork (dengan kuasa tekanan minyak).


2.Clutch Master Cylinder

Clutch master cylinder ialah satu alat yang mana dengan menggunakan cecair (hydraulic fluid) boleh menggerakkan clutch keluar dari drive (disanggage) apabila clutch pedal ditekan.

Pergerakannya :-

Apabila clutch pedal ditekan,rod akan menolak plunger ke dalam cylinder.Gerakan ke dalam akan memampatkan (compress) spring dan menyebabkan valve seat menutup reservoir (outlet).Gerakan plunger seterusnya menjadikan satu pressure yang tinggi pada fluid (cecair) yang di dalam chamber.Fluid ini akan pergi ke slave cylinder melalui flexible hose atau pipe line dan seterusnya menggerakkan clutch.Apabila clutch pedal dilepaskan ,clutch pedal return spring akan menarik clutch pedal ke tempat asalnya.Spring di dalam master cylinder akan menolak plunger bersama-sama seal getah ke tempat asalnya.Satu kuasa hisapan berlaku di dalam chamber dan cecair yang bertekanan di dalam pipe line akan balik semula ke dalam chamber.Sekiranya cecair di dalam chamber masih kurang ,cecair dari reservoir akan masuk ke dalam chamber melalui reservoir outlet dengan kuasa tekanan udara(atmospheric pressure).

3.Slave Cylinder Dengan adanya fluid yang bertekanan tinggi daripada master cylinder,fluid (cecair) yang bertekanan tadi memaksa rubber cup keluar dan menolak push rod yang dipasang di hujung piston bersama-sama menolak clutch fork.Clutch fork akan bergerak ke dalam yang mana release bearing akan menekan release lever ke dalam dan merenggangkan tekanan dari flywheel dan clutch,kini dalam keadaan disengage.Apabila clutch pedal dilepaskan,pressure spring akan menolak pressure plate ke arah flywheel dan release lever akan menolak pula release bearing ke tempat asalnya.Rod akan balik ke tempat asalnya kerana ada tekanan pada clutch pedal.

Bendalir Hydraulic Clutch

Pada asasnya bendalir hydraulic clutch adalah sama dengan bendalir sistem brek.Diantara ciri-ciri atau sifat bendalir ialah :

i.Mestilah tahan panas ii.Tidak mudah meruap atau menghasilkan gas iii.Tidak mudah menghakis logam atau getah iv.Boleh menahan tekanan tinggi v.Tidak mudah terbakar vi.Murah

Asas Kendalian Klac

Pada umumnya kendalian klac mekanikal dan hydraul adalah mempunyai fungsi yang sama untuk memisahkan dan memudahkan masuk gear. Perbezaannya cuma pada komponen sahaja,pergerakan mekanikal keseluruhannya menggunakan cable sementara hydraul menggunakan bendalir yang bertekanan.Kendalian klac adalah seperti berikut :

1.semasa gandingan (disengage) clutch plate ,pressure plate dan fly wheel bercantum menyebabkan kuasa enjin dari flywheel menggerakan input shaft serta menggerakan putaran roda. 2.semasa engage ia akan memutuskan clutch plate bersama putaran enjin dengan putaran roda.ketika ini gear boleh ditukar dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain.



Kendalian Cekam

a.Semasa Cekam Tersambung Penutup cekam diboltkan kepada roda tenaga dan berpusing bersama-sama dengannya diantara roda tenaga dengan plat tekanan terletak piring cekam yang bergelugur dengan aci pemasukan penghantaran.Dengan itu aci pemasukan penghantaran berpusing bersama- sama dengan piring cekam.Plat tekanan sentiasa tertekan pada piring cekam dan kuasa dari enjin dapat dipindahkan ke aci pemasukan penghantaran ‘gear box input shaft’,oleh daya geseran diantara roda tenaga,plat cekam dan piring cekam.

b.Semasa Cekam Terputus Bila pedal cekam ditekan,sepit udang cekam akan tertolak dan menolak alas pelepas ke hadapan.Ini akan menolak tuil pelepas yang berpusing itu.Kesannya,plat tekanan tertarik ke belakang.Dengan itu piring cekam tidak lagi tertekan pada permukaan roda tenaga,dan kuasa dari enjin pun tidak dapat dipindahkan ke unit penghantaran kuasa.Lihat rajah di bawah.Pada masa inilah nisbah pada unit penghantaran dapat ditukarkan.Bila pedal cekam dilepaskan alas pelepas akan tertarik ke belakang dengan itu plat tekanan dengan pertolongan spring tekanan,mnekan spring cekam ke permukaan roda tenaga.Sekali lagi piring cekam ,plat tekanan dan roda tenaga berpusing bersama-sama sebagai satu unit.

Pelarasan Gerak Bebas Klas (Clutch Free Play)

1.Membolehkan jarak kelegaan (clearence) diantara clutch release bearing dengan permukaan pressure plate pada clutch pedal. 2.Mengurangkan geseran pada diaphragm dengan release bearing. 3.Mengurangkan kerosakan seperti clutch cepet haus serta penukaran gear sukar dibuat. 4.specifikasi kelegaan diantara 8mm – 10mm dengan menggunakan pembaris besi (steel ruler)

Carta Kerosakan Cekam

1.Cekam Tergelincir a.Piring cekam haus b.Alas pelepas cekam terkena minyak atau gris c.Perangkai cekam tidak dilaras dengan betul d.Spring tekanansudah lemah atau patah

2.Cekam ‘grab’ atau ‘chatter’ a.Ada minyak pada permukaan roda tenaga,plat tekanan atau piring cekam b.Alas pelepas cekam telah menjadi keras c.Plat tekanan,roda tenaga atau spring tekanan telah retak atau patah d.Tupang enjin telah longgar dan bush besi sendi leluas telah longgar

3.Cekam menghela atau menyeret a.Tuil pelepas tidak dilaras dengan betul b.Plat tekanan atau piring cekam telah bengkok c.Alas piring cekam telah longgar d.Hab piring cekam melekat pada aci cekam e.Perangkai longgar atau telah haus

4.Alas pelepas cekam haus dengan cepat a.Spring tekanan patah atau lemah b.Plat tekanan bengkok c.Perangkai pedal tidak dilaras dengan betul d.Pemandu sentiasa meletakkan kaki di atas pedal cekam e.Permukaan roda tenaga kasar

5.Cekam bising a.Cekam bising semasa cekam tersambung(hab piring cekam longgar dan spring patah) b.Cekam bising semasa cekam terputus atau terbebas(alas pelepas haus,lekat atau kurang pelinciran.

No comments:

Post a Comment